Monday, January 12, 2009

serai



UNIK SRASI ENTERPRISE SDN BHD (843756-D)

PEJABAT URUSAN
NO 9-1F JALAN HENTIAN 1, PUSAT HENTIAN KAJANG, 43000 KAJANG SELANGOR DARUL EHSAN

TEL /FAX
03 - 87372829 / 0387373829

EMAIL
uniksrasi@yahoo.com ATAU suesrasi@yahoo.com

JENIS PERNIAGAAN
KONTRAK PERLADANGAN, PEMBORONG DAN PEMBEKAL SERAI KEGUNAAN SEGAR
PEMBEKAL BENIH SERAI, PEMBEKAL MINYAK PATI SERAI, PEMBEKAL BAJA DAN RACUN SERANGGA, PENGILANGAN PRODUK BERASAKAN HERBA, PENGEDAR DAN PENGILANG PRODUK UNIK CITRA.




CARTA ORGANISASI USE SDN BHD


PENGARAH URUSAN : En. Abd. Aziz bin Kamil
PENGARAH PEMASARAN : Puan Suryani bt Zakaria
PENGARAH PERLADANGAN : En. Rodzi bin Zakaria
PENGURUS PEMASARAN : En. Amir Nazrin bin Mat Rodzi
PENGURUS PRODUKTIVITI : Cik Zasilawati bt Zakaria
MENGENAI SERAI
Serai adalah sejenis herba tradisional yang di makan dan digunakan untuk tujuan perubatan sejak dulu lagi. Tanaman serai mula dikormesialkan di malaysia sejak dulu lagi. kini tanaman serai mula menjadi tarikan ramai semula setelah melihat perkembangan dan permintaan terhadap serai semakin bertambah.
Serai yang ditanam secara meluas ditropika. Serai terdiri daripada beberapa spesis yang berlainan iaitu cymbopogon citratus dan cymbopogon flexuos. Cymbopogon citratus adalah spesis tempatan di Malaysia dan ditanam di seluruh Asia Tenggara. Serai merupakan ramuan penting dalam resipi kebanyakan masakan Timur. Serai juga terdapat di Guetamala, India, China, Paraquay, Seri Langka, Indonesia, Afrika dan Amerika Selatan. Selain digunakan dalam masakan, serai juga dijadikan sebagai:

  • Ubat-ubatan yang berkhasiat untuk kesihatan
  • Minuman Herba
  • Haruman atau aroma pewangi
  • Kordial atau perisa minuman
  • Estraksi esen
  • Kosmetik atau produk kecantikan
  • Produk perlangsingan badan



    Malaysia berpotensi untuk menjalankan penanaman secara kormersial kerana kedudukannya berada dalam cuaca yang paling sesuai untuk menghasilkan tanaman herba yang berkualiti. Badan - badan kerajaan juga telah banyak menyumbangkan tenaga membantu para petani dan mereka yang berminat untuk menjalankan penanaman.



  • KEISTIMEWAAN SERAI


    Antara kandungan yang terdapat dalam serai makan

    KARIOFILEN -Bersifat antibakteria , antikulat , antiinflamasi (menghilangkan bengkak) , antitumor dan ubat bius

    SITRAL - Bersifat antihistamin(sebu) dan antiseptik

    CITRONELAL - Bersifat antiseptik dan antimikrob, mengeluarkan angin dari perut dan usus , pencegah serangga , peradang kulit

    Geraniol - bersifat anti bakteria, antikulat, pencegah serangga, perasa makanan, antihepatitis tertentu

    MIRCEN - Bersifat antimutagenik (anti penuaan)

    NEROL - Bersifat antipasma(kejang)

    Rujukan: Buku rempah ratus _ Khasiat makanan&ubatan/Ong Hean Chooi



    PERLADANGAN


    UNIK SRASI ENTERPRISE SDN BHD (USE SDN BHD) telah menjalankan projek penanaman serai secara komersial bermula tahun 2008 setelah mendapati tanaman ini akan memberi pulangan yang menguntungkan. Kini Use sdn bhd telah menanam seluas 500ekar. USE mempunyai pekerja ladang sebanyak 30 orang dan 3 penyelia ladang.


















    CARA PENANAMAN SERAI

    Beberapa faktor asas perlu diketahui ialah
    1. Jenis tanah (gambut,tanah merah,pasir dan tanah bris)
    2. Kawasan Penanaman (berbukit, tanah rata, beralun, laluan air)
    3. Saliran air (untuk tujuan penyiraman dan kawalan banjir)
    4. Kualiti Tanah ( perlu di baja terdahulu ataupun tidak)
    5. Jenis Tumbuhan asal tanah(rumpai, pokok kayu dan akar)















    Penyediaan tapak tanaman dan benih

    1. Tanah perlu dibajak terdahulu untuk menggemburkan tanah bagi memudahkan proses mencucuk benih.
    2. Segala rumpai yang ada haruslah diracun 2-3 minggu sebelum penanaman dijalankan.
    3. Benih mestilah telah berusia lebih lapan bulan atau cukup tua. pastikan benih telah mengeluarkan akar sebelum ditanam.
    4. Benih ditanam 1,2,3 atau enam batang selubang mengikut kepada peladang namun harus diketahui jumlah benih yang ditanam mempengaruhi hasil.
    5. Jarak tanaman yang terbaik adalah 1.0 meter setiap barisan dan 0.5 meter diantara pokok, kepadatan bagi satu hektar adalah 20,000 rumpun.











    PENGURUSAN PENANAMAN


    Pengurusan air - Serai makan tahan kepada kemarau, namun selepas proses penanaman serai memerlukan air, maka cara terbaik adalah menanam sewaktu tanah masih gembur supaya tanah dapat menyerap lebih air tetapi jika air berlebihan dan bertakung, masalah serai berulat reput dan mati akan berlaku.

    Kawalan Rumpai - Terdapat jenis racun yang boleh meracun rumpai dan pokok serai dalam satu masa tanpa merosakkan atau membawa kesan kepada pokok serai. Semua jenis rumpai selain serai akan mati. Racun ini boleh didapati di use sdn bhd dan penjualannya adalah terhad

    Pembajaan - Jika tanah tidak terlalu bermasalah, pembajaan sebanyak dua kali sudah mencukupi. terdapat beberapa baja yng terbaik boleh digunakan, antaranya baja semburan,taburan dan lain2.












    KONTRAK PERLADANGAN
    Melalui perjanjian, pihak peladang membeli benih serai dari syarikat USE dan peladang mengusahakan sendiri ladang serai. Segala kerja-kerja tanah dan penyelenggaraan ladang serai dikendalikan sendiri oleh pihak peladang. Hasil tuaian serai akan diborong oleh USE. Keuntungan/hasil adalah milik peladang.
















    PRODUK - PRODUK SERAI


    USE SDN BHD telah membuka sebuah kilang untuk memproses semua bahan mentah hasil dari penanaman. Pengeluaran hasil dijual dalam 3 bentuk

    KEGUNAAN PASAR SEGAR DAN ANAK BENIH



    KEGUNAAN SEGAR - RM 2.50 Sekilo
    BENIH - RM 2.50 Seikat


    PRODUK SEPARA SIAP

    SERBUK SERAI ( POWDER GRAIN) -RM 39.90 PER KG
    SERBUK SERAI ( MEDIUM GRAIN) -RM 35.90 PER KG
    MINYAK PATI SERAI 100% PURE - RM500.00 PER LITER


    PRODUK SIAP TERLARIS DIPASARAN

    TEH SERAI 2G X 20 UNCANG RM 15.90
    TEH SERAI 2G X 10 UNCANG ( TRAVEL PACK) RM10.90
    Adunan yang menyegarkan dibuat daripada 100% serai segar yang di panaskan pada suhu 70 darjah celcius bagi mengekalkan aroma semulajadi serai. Harumannya yang menenangkan badan dan minda serta berkhasiat bagi membantu perlawasan, sakit kerongkong serta mencairkan kahak. Sesuai dijadikan diet harian dari bayi hinggalah dewasa



    BODY MASSAGE SCRUB 1 PAKET RM 8.90
    BODY MASSAGE SCRUB 3 PAKET RM 24.90
    Garam bukit yang halus serta berkualiti tinggi di campur pati pelembut minyak serai antibakteria sesuai untuk menanggalkan sel2 mati, kulitkering tak bermaya, daki - daki dileher , ketiak dan paha. menanggalkan parut - parut gigitan serangga membantu melembabkan kulit kaki yang kering dan merekah serta sesuai untuk menanggalkan kutil jika penggunaan berterusan.
    Biasanya digunakan sebelum sauna atau lulur.
    PRODUK SEDIA UNTUK DIMASAK


    Hanya ikut panduan dikotak anda dapat menyediakan masakan untuk dimakan 8-10 orang dalam masa yang singkat tanpa perlu menambah garam atau gula.

    PES MEE BANDUNG MUAR RM 8.50
    PES ASAM PEDAS JOHOR RM 7.50
    SOTO RM10.00
    NASI KURZI(lengkap bersama beras) RM29.00
    NASI BERIANI (lengkap bersama beras) RM29.00


    Berminat untuk dapatkan produk atau mengedarkan produk kami? sila hubungi
    Cik Sheila 013 - 9012450 atau
    Pn Sue 019 - 6170730

    Pembeli yang membeli secara pukal atau pengedar akan mendapat harga yang lebih rendah.